Kuala Lumpur, 28 Ogos 2021 - Tahniah kepada semua peserta yang telah menjayakan program Teroka Tani Maya pada 28 Ogos 2021 secara atas talian.
Penyertaan seramai 52 orang belia dalam program ini telah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan yang diberi nama Betik, Durian, Cempedak dan Nangka.
 
Sepanjang tempoh program ini berlangsung, peserta telah diberi pendedahan, perkongsian serta diberi pengalaman teroka pertanian yang
berkaitan isu semasa, ilmu pertanian di Malaysia dan sistem pengurusan pertanian.
 
Terima kasih kepada YBrs.Ts.Dr.M Umaiyal atas perkongsian ilmu dalam program ini. Pengumuman pemenang juga telah disempurnakan oleh YBrs.Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah IYC.
Syabas kepada tiga (3) pasukan yang telah berjaya dalam pertandingan ini. Semoga ianya bukan sekadar pertandingan, malah sesuatu pembelajaran yang bermanfaat. 👏👏👏
#IYCMalaysia
#youthagrocity
#LeaveNoOneBehind
#kitajagakita
FaLang translation system by Faboba