KUALA LUMPUR - Taklimat dan Latihan Sistem Pengurusan Tempahan IYC telah dikendalikan oleh Unit Pengurusan Maklumat IYC pada 6 Februari 2015 bertempat di bilik Anggerik, IYC.

Sasaran taklimat ini lebih memfokuskan Bahagian Pemasaran dan Fasiliti yang terlibat secara langsung kepada sistem pengurusan tempahan yang digunakan. Seramai 10 kakitangan IYC terdiri dari peringkat pegawai jualan, unit jualan dan staf kaunter hadapan. Taklimat ini juga diadakan bertujuan untuk menerangkan tatacara yang betul dalam penggunaan Sistem Pengurusan Tempahan IYC.

Taklimat ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fauzi bin Khalip, Eksekutif Teknologi Maklumat.

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

FaLang translation system by Faboba