Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 21 Mei 2020 - Pihak Pengurusan IYC telah memberi sedikit sumbangan Hari Raya kepada petugas- petugas barisan hadapan yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam menguruskan pusat kuarantin di IYC seterusnya berusaha menghapuskan wabak Covid19 yang sedang melanda kini.

Sumbangan yang tidak seberapa ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang bertugas dan sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka yang bertugas pada Hari Raya nanti.

Sumbangan disampaikan oleh YBhg.Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC kepada wakil pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Radicare (M) Sdn. Bhd dan semua petugas operasi serta pencucian IYC.
Turut hadir Timbalan Pengarah IYC, Encik S. Pathma Seelan bersama pegawai dan kakitangan IYC.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top