Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Port Dickson, 14 Mei 2018– Seramai 22 orang peserta termasuk Pegawai dan Kakitangan IYC terlibat di dalam Retreat IYC 2018 yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran pada 11 hingga 13 Mei 2018 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hotel Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

Antara pengisian retreat tersebut adalah pembentangan Dokumen Transaksi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015 dan penyediaan Pelan Risiko IYC, perbincangan hasil dapatan dari sesi pengauditan Jabatan Audit Negara, Pembentangan Terma Rujukan dan Syarat-Syarat Perkhidmatan kakitangan IYC yang baru, Pelan Pemasaran IYC 2018, Kalender Program IYC 2018 dan “Future Scenario IYC 2019”.

 

Selain itu, retreat ini memberi motivasi dan semangat  kerja berpasukan kepada kakitangan IYC bagi menghasilkan idea / cadangan untuk membangunkan serta memajukan organisasi secara proaktif.

 

Bengkel berakhir dengan rumusan penutup bengkel dan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta retreat oleh YBhg. Dr. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC.

 

 

Disediakan oleh      : Dewi Yusmalaila Muhamad

E-mel                         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

Disunting oleh         : Hasnila Mohd Jani

E-mel                         : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top