Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 KUALA LUMPUR, 7 Jun 2017 – RAMADAN adalah bulan yang amat dinantikan oleh setiap umat Islam. Sudah pasti semua umat islam sentiasa berdoa kepada Allah supaya dilanjutkan usia agar dapat menemui Ramadan akan datang.

Mengambil peluang dan kesempatan di bulan ramadan yang mulia ini, Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreaksi PBA (KKRPBA) sekali lagi telah mengadakan sesi tazkirah untuk seluruh kakitangan IYC pada 6 Jun (Selasa) bertempat di bilik Bunga Raya IYC. Tazkirah ini telah dikendalikan oleh YBhg.Ustaz Mohd Zul Fadhli bin Abd. Rashid daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tajuk Ramadan: Semakin Sihat atau Semakin Sakit.

Menuntut ilmu yang dikatakan sebagai salah satu fardhu kifayah menjadi asas tujuan tazkirah diadakan disamping mengharapkan pahala dan keampunan daripada Allah s.w.t. Pengisian tazkirah ini berkisar tentang pelbagai dimensi kelebihan puasa antaranya ialah puasa dapat menjadikan tubuh badan yang lebih sihat. Ini dapat dijelaskan melalui sistem penghadaman makanan manusia yang direhatkan ketika berpuasa dan ini memastikannya ianya boleh berfungsi dengan lebih baik. Hadis ada menyebut, “Berpuasalah kalian, nescaya kalian akan sihat,” - Riwayat Thabrani. Terdapat juga hadis yang lain, “Setiap sesuatu itu ada zakatnya dan zakat tubuh adalah berpuasa,” - Riwayat Ibnu Majah.

Seramai 20 orang kakitangan IYC dari pelbagai peringkat dan Bahagian telah hadir ke sesi ini.Puasa membina ukhuwah kekeluargaan dan jiran tetangga. Puasa bukan sekadar berlapar dahaga tetapi membina manusia untuk menjadi insan yang bertakwa dan mulia. Semoga ramadan kali ini membawa seribu rahmat kepada semua umat islam. 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top