Program ini merupakan inisiatif IYC terhadap matlamat "Sustainable Development Goals" (SDG) yang ke-2 iaitu membantu dan memastikan golongan yang memerlukan dalam komuniti berdekatan atau sekitar IYC yang mengalami kesukaran keperluan makanan disamping meningkatkan akses kepada makanan dikala dunia dilanda pandemik Covid-19.

 

Inisiatif ini juga dapat meningkatkan peranan IYC dalam pelaksanaan matlamat SDG ke-3 untuk mempromosi kehidupan yang sihat serta menggalakkan kesejahteraan kepada masyarakat di semua peringkat lapisan umur dan latar belakang. Matlamat ini dilaksanakan dengan menjadikan persekitaran IYC sebagai platform program "Genki@iyc".

 

Program ini juga merupakan salah satu pengisian IYC dalam pelaksanaan aktiviti sempena Hari Belia Negara 2021.

#IYCMalaysia

#LeavingNoOneBehind

#HariBeliaNegara2021

#kitajagakita

FaLang translation system by Faboba