Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur, 9 Januari 2018 - Pengurusan IYC telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Januari 2018 di Bilik Bunga Raya pada jam 9.00 pagi. Perhimpunan kali ini diselaras oleh Bahagian Pentadbiran di bawah kelolaan Pn. Hasnila Binti Mohd Jani, Eksekutif Kanan (Pentadbiran). Aturcara majlis perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wawasan IYC, lagu patriotik, bacaan doa, lafaz ikrar, sesi perkongsian ilmu daripada Pn. Sofia Aniza binti Hj. Shafiei, Eksekutif Kanan (Akaun dan Kewangan) bertajuk Misi Program MyCorps di Bumi Bangladesh dan Cik Amelia , pelajar praktikal dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang bertajuk Internet of Things (IOT).

Pengarah IYC, YBhg. Dr.  Mohamed Maliki didalam ucapannya menyebut tentang kepentingan mempunyai etika dan sikap yang lebih terbuka, positif, berdaya saing dan menghormati orang lain dalam memastikan setiap tugasan dijalankan dengan sempurna tanpa mewujudkan suasana yang tidak sihat.  Beliau juga turut mengingatkan kepada semua kakitangan IYC tentang lima (5) nilai murni yang menjadi pegangan asas IYC sejak penubuhan lagi.  

Dr.  Mohamed Maliki turut menyentuh beberapa perkara yang boleh menjadi motivasi dan pengajaran termasuklah masalah dan isu berkaitan media sosial masa kini antara nya ialah  masalah identiti yang dikenali sebagai “Fake Syndrome” yang timbul daripada budaya sosial media seperti Fabebook, Instagram dan sebagainya.

Pengarah IYC juga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan IYC bagi bulan Disember 2017 ialah Pn. Sanawiyah Binti Zainal Arifin, Pembantu Tadbir (Jualan) dari Bahagian Pemasaran. Majlis perhimpunan diakhiri dengan sambutan hari lahir kakitangan IYC.

Disediakan oleh : Muhammad Mazwan B. Mazny

E - mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Disemak oleh : Hasnila Bt. Mohd Jani

E - mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top