Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 11 April 2016 – Manusia perlu berubah agar seiring dengan perubahan dunia yang bergerak pantas.  Ini menunjukkan betapa pentingnya manusia memiliki kemampuan berfikir yang bersifat pemikiran masa depan.  Begitulah amanat dan nasihat Pengarah kepada kakitangan IYC pada perhimpunan bulan April 2016 yang diadakan di bilik Bunga Raya.  Perhimpunan yang dikendalikan oleh Bahagian Pemasaran dan Fasiliti ini seperti kebiasaan dimulai dengan bacaan doa, nyanyian lagu “Negaraku, Wawasan IYC dan 1M4U”.

Sesi ulasan buku didahului oleh Pn. Rohana Abd. Rahman (Sambal Hitam Selera Pahang), Pn. Tamil Selvi a/p Dorairaj (Kuih Ros & Kuih Gunting), Pn. Syamsinah Harun (Secawan Kopi Daripada Guru) dan Pn. Nor Aishah Mohd. Shariff (Pantun Melayu).

 

Anugerah Pekerja Terbaik bulan Mac 2016 adalah En. Mohd. Aminnullah Mohd. Hanapiah. 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top