Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PUTRAJAYA, 25 JULAI 2016 – Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan penajaan Platinum daripada NAZA Corporation Holdings Sdn Bhd bagi temasya Kuala Lumpur 2017 (Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9) dalam sebuah majlis menandatangani di Galeri Kementerian Belia dan Sukan ( KBS).

“Sukacita saya umumkan di sini penajaan NAZA dalam bentuk penyediaan sejumlah sekurang-kurangnya 250 kenderaan yang terdiri dari kereta dan van berjenama Peugeot, akan menjadi kereta rasmi Kuala Lumpur 2017.”, ujar Encik Khairy Jamaluddin.

Tambah beliau, “ Ini pastinya akan memudahkan urusan pengangkutan petugas rasmi, para atlet, dif-dif kenamaan serta ramai lagi yang akan bergantung kepada pengangkutan dan sistem pengangkutan yang berjalan dengan lancar selain mempamerkan kereta berjenama Peugeot yang menunjukkan kualiti yang tinggi dan gaya yang hebat.”

Beliau juga menambah, di pihak MASOC(Sekretariat Kuala Lumpur 2017) akan berusaha keras untuk memastikan kualiti pengurusan pengangkutan yang semestinya sangat penting dan memerlukan penelitian yang rapi, dapat disampaikan dengan lebih baik lagi dari Sukan SEA sebelum ini.

Beliau kemudiannya menyaksikan Majlis Menandatangani MOU di antara NAZA Corporation Holding Sdn Bhd dan Kementerian Belia dan Sukan(KBS). KBS diwakili Ketua Setiausaha KBS, Dato' Lokman Hakim Ali manakala Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NAZA Corporation Holding Sdn Bhd, SM Nasarudin Tan Sri Datuk Seri Utama SM Nasimuddin mewakili NAZA Corporation Holding Sdn Bhd.

Hadir sama,Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan, Timbalan Ketua Setiausaha(Strategik) KBS, Dato' Harun Che Su dan Ketua Pegawai Eksekutif MASOC, Dato' Seri Zolkples Embong.

Oleh : Azlin Emiza Jamri (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Disunting : Razali Haji Mohamed yassin ( Unit Komunikasi Koporat KBS ) 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top