KUALA LUMPUR, 18 April 2017 – Penubuhan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 16 April 1988 sentiasa menjadi ingatan dan diraikan oleh kakitangan IYC, rakan kongsi dan NGO yang berada di dalam premis IYC. Kini genap 29 tahun IYC ditubuhkan. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Majlis Tahlil dan Doa Selamat pada 17 April 2017 diadakan sebagai tanda syukur dan mendoakan kesejahteraan serta pembangunan IYC secara berterusan pada masa-masa akan datang. 

 

Bersempena dengan majlis tersebut, turut diadakan tazkirah sebagai pengisian rohani dan motivasi yang bertajuk ‘Insan Super Bina Organisasi Superb’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun, Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Majlis turut dilengkapkan dengan Solat Asar berjemaah di surau IYC.

 

Pengarah IYC berharap dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan kakitangan dan rakan kongsi yang lain. Pengisian majlis juga sedikit sebanyak memberikan motivasi dan pengajaran supaya kakitangan terus memaksimakan potensi diri untuk menjadikan IYC terus cemerlang.  

 

  

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

FaLang translation system by Faboba