Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2016 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramdan bersama Anak-anak Yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah pada 25 Jun 2016 (Sabtu) bertempat di Dewan Kampo, IYC.

 

YBhg. Dato’ Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa turut merasmikan Majlis Perasmian Penutup Program Inspirasi Kepimpinan “Tarbiyah Al-Khalifah” Fasa Kedua.

 

Antara pengisian Majlis Iftar Ramadan IYC adalah Penyerahan Sumbangan kepada Anak-anak Yatim, Persembahan dari Pelajar Tahfiz, Forum, Solat berjemaah dan terawih.

 

Antara yang turut hadir ialah YBhg. Datuk Hatipah binti Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS), , Penyewa-penyewa dan Kakitangan IYC serta keluarga turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

 

Sempena bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, Pengurusan IYC telah menggerakkan usaha mengumpulkan sumbangan daripada beberapa syarikat, organisasi  dan penderma individu untuk disalurkan rumah anakk-anak yatim tersebut. Harapan IYC dengan kutipan sumbangan ini agar Hari Raya tahun ini akan disambut dan dirasai dengan seribu satu keriangan oleh mereka yang memerlukan.

 

 

Disediakan oleh: Pn. Dewi Yusmalaila bt. Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.   

 

Disunting: Pn. Hazila binti Kamaruddin

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top