Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 24 April 2015 – Majlis Hi-Tea bersama Rakan Strategik IYC 2015 anjuran Pengurusan IYC dengan kerjasama Restoran IYC Sago-Sago Cafe pada 23 April 2015 (Khamis) bertempat di Restoran Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Majlis ini diadakan bertujuan sebagai menghargai hubungan kerjasama strategik dan sokongan yang telah diberikan kepada IYC sepanjang tempoh 2014/2015. Majlis ini juga turut meraikan penubuhan IYC ke-27 tahun disamping itu berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan beberapa aktiviti/program IYC untuk sepanjang 2015.

Jemputan majlis ini dari kalangan pertubuhan belia, NGO, agensi kerajaan, sekolah, dan syarikat swasta serta pelanggan setia IYC.

YBrs. Cik Azura Abidin, Pengarah IYC dan Chef Firdaus, Pengurus Restoran Sago-Sago turut merasmikan promosi Buffet Ramadhan IYC 2015 yang akan bermula pada 23 Jun 2015 hingga 13 Julai 2015. Buffet ramadhan ini akan diadakan di restoran IYC bagi tempoh tersebut.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top