Kuala Lumpur, 23 Januari 2020 - Pihak Pengurusan IYC mengambil kesempatan masa cuti sekolah ini dengan mengadakan projek 'Little Farm' di kalangan anak-anak kakitangan IYC.

Peluang ini digunakan untuk memupuk dan mendidik kanak-kanak di awal usia akan kepentingan kelestarian alam dan mempelajari konsep pertanian bandar. Inisiatif Ini adalah dari kesinambungan Projek “Urban Farming” yang dijalankan di bangunan IYC sendiri sebagai lanskap dan pusat pendidikan pertanian bandar kepada pengunjung dan masyarakat setempat di Kuala Lumpur.

Lawatan ke Projek Pertanian Bandar IYC di rooftop juga memberi peluang kepada anak-anak melihat kaedah pelaksanaan sebenar dengan lebih dekat lagi

FaLang translation system by Faboba