Seremban, 23 September 2020 - Team IYC telah membuat lawatan kerja ke Hjh. Aminah Food Industries bagi meneroka ilmu baru berkaitan perniagaan makanan yang menggunakan teknologi makanan (food tech).

Kaedah penyajian makanan yang berkonsepkan 'heat and eat' ini dapat menjimatkan masa tanpa menjejaskan rasa keenakan makanan seperti ianya baru dimasak. Penggunaan teknologi dalam pengeluaran produk makanan boleh berkembang luas dan membantu dalam mengurangkan kos pembaziran makanan dan kos tenaga kerja.

Meneroka bidang baru dapat membantu IYC menyesuaikan keperluan semasa dalam membangunkan program belia yang berdaya saing.

FaLang translation system by Faboba