Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima satu lawatan daripada Kedutaan Filipina pada 23 Mac 2015 lalu bertempat di Bilik Lembaga Pusat Belia Antarabangsa (IYC). H.E. Eduardo J. Malaya telah disambut oleh Pengarah IYC, Cik Azura Abidin dan pegawai – pegawai IYC.

Tujuan lawatan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan jaringan hubungan dua hala antara belia Malaysia dan Filipina.

Taklimat ringkas mengenai IYC dan program pembangunan belia telah disampaikan oleh Cik Azura Abidin, Pengarah IYC. Duta Filipina telah dibawa melawat ke beberapa tempat fasiliti dan kemudahan IYC seperti dewan kampo, bilik seminar, bilik penginapan, pusat sumber belia dan gelanggang futsal.

H.E. Eduardo J. Malaya juga turut menyempurnakan Majlis Perasmian Wall Mural Painting dengan disaksikan oleh Pengarah IYC, Cik Azura Abidin pegawai – pegawai IYC .

Lukisan mural  tersebut telah dihasilkan oleh Cik Anna Karina Jardin, seorang pelukis dan usahawan muda berbakat yang dijemput dari Negara Filipina, dengan dibantu oleh kakitangan IYC dan pelajar praktikal.

Lawatan telah diakhiri dengan sesi foto berkumpulan dan jamuan ringan pada 12.00 tengahari.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top