Kuala Lumpur, 25 Mac 2021 - Pengurusan IYC telah menerima satu sesi Lawatan Akademik dari Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
Lawatan ini disertai oleh 19 orang pelajar yang diketuai oleh YBrs.Dr.Ts.Maszura Binti Abdul Ghafar, Pensyarah Senibina, Universiti Putra Malaysia.
 
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi peluang dan kepada pelajar mempelajari serta menerokai senibina rekabentuk Bangunan IYC secara menyeluruh.
 
Taklimat ringkas mengenai peranan IYC dan pelaksanaan program pembangunan belia disampaikan YBhg.Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC.
Turut hadir bersama Encik Pathma Seelan A/L Subramanian, Timbalan Pengarah IYC; Ketua-Ketua Bahagian dan beberapa kakitangan IYC.
 
#IYCMalaysia
#leavingnoonebehind
#kitajagakita
#iycurbanfarming
FaLang translation system by Faboba