Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
SEPANG, 31 OKTOBER 2016 - Pengarah dan kakitangan serta 31 orang pelajar IKTBN Sepang telah terlibat dengan Kejohanan Sukan ILKBS Se-Malaysia kali ke 30 Tahun 2016 di IKBN Naka, Kedah pada 17 Oktober hingga 19 Oktober 2016 yang lalu. 

Kontinjen IKTBN Sepang telah diketuai oleh En. Khairul Adri bin Dato’ Rosli, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar dan dibantu oleh En. Roslan bin Ahmad, Ketua Unit Bina Insan. Pengurus dan Jurulatih yang terlibat terdiri daripada En. Ubendran a/l Velaisham (Bolasepak), En. Muzri Affandi bin Jamaluddin (Badminton), En. Mohd Zali Zam bin Hussain (Sepaktakraw) dan Pn. Norjihan binti Ngadiman (Bolajaring) dibantu oleh En. Mohd Rozita bin Deraman.

Majlis pelepasan kontinjen untuk bergerak ke IKBN NAKA telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (HEP), En. Shamsul bin Musa selaku Penyelaras Kontinjen pelajar pada 16 Okt 2016. Pengarah IKTBN Sepang, Dr.Ir.Azmi bin Ahmad telah menyambut kepulangan kontinjen pada 20 Oktober 2016.


Disediakan Oleh : Roslan bin Ahmad (Ketua Unit Bina Insan, IKTBN Sepang)
Disunting oleh : Shahrom Abdullah (UKK)

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top