Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menyertai World Urban Forum 10 (WUF10) di Abu Dhabi, UAE yang juga merupakan tindakan susulan daripada penyertaan IYC ke 1st UN Habitat Assembly di Nairobi, Kenya pada 2018 dan Asia Pacific Urban Forum (APUF 7) di Pulau Pinang dan SDG Summit Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 2019. Program WUF 10 ini berlangsung selama 6 hari.

Ucap Utama disampaikan oleh YBhg Datuk M Noor Azman Bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang bertajuk "The role of youth organizations and independent bodies in creating peaceful, just and inclusive societies".

Tan Sri Maimunah Sharif, Pengarah Eksekutif UN Habitat dalam ucapan pembukaannya telah memberi jaminan bahawa forum sebegini tidak lagi menjadi sekadar ruang perbahasan dan perkongsian global, bahkan akan disusuli dengan tindakan yang proaktif.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top