Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
SERIAN, 21 JANUARI 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Kajian Impak PLKN 2.0 2016 di Kem PLKN Juara, Serian, Sarawak. Kajian ini melibatkan seramai 163 orang responden terdiri daripada bekas peserta PLKN dari Kem Juara, Kem Puncak Permai dan Kem Putra Sentosa. Sesi taklimat kajian telah disampaikan oleh Pn. Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan II dengan dibantu oleh 3 orang penyelidik IYRES.

Antara tujuan perlaksanaan kajian adalah untuk mengenal pasti aspek pembangunan kendiri, potensi serta identiti diri dalam kalangan bekas peserta PLKN 2.0 2016. Pengukuran tahap hubungan sosial dalam kalangan bekas peserta PLKN juga dapat dikenal pasti melalui kajian impak ini. Selain daripada itu ia juga dikendalikan untuk mengenal pasti kemahiran dan aktiviti waktu senggang mereka selepas daripada menjadi pelatih PLKN selaras dengan apa yang telah diterapkan dan dipelajari di sepanjang mereka menjalani latihan. Kajian impak ini dilaksanakan di 9 kem PLKN yang telah dikenalpasti di seluruh negara bermula 6 Januari hingga 21 Januari 2017.

Gerak kerja lapangan yang terakhir untuk kajian ini telah turut sama dihadiri oleh YBrs. Dr. Zainah Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Lt. Kol. Rahamen @Abd Rahman Bin Wok, Pengarah Zon J Negeri Sarawak merangkap Komanden Kem PLKN Putra Sentosa, YBrs. Major Mohammad Ali, Ketua PLKN Juara dan Mejar Norman Tay Haji Abidin, Komandan Kem PLKN Puncak Permai.

Disediakan oleh: Nursyafatin Ahmad
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top