Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR - Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan program IYC-UTC “Think Without The Box - Innovation Coaching Workshop” pada 25 Januari 2015 (Ahad) dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang bertempat di bilik cempaka, IYC.  

 

Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Robest Yong iaitu pemengang Anugerah “Multiple International Award” dan telah menghasilkan beberapa ciptaan inovatif yang kini telah berada di pasaran dalam dan luar Negara.

 

Seramai 70 orang peserta dari kalangan pelajar, IKBN Dusun Tua, IKBN Peretak, IKBN Kuala Langat, IKBTN Sepang dan penyertaan individu telah menyertai bengkel ini dan penyertaan adalah percuma. Bengkel ini juga adalah bertujuan untuk mencungkil bakat kreativiti dan inovasi di kalangan remaja dan belia di samping di dedahkan dengan beberapa pendekatan dan teknik inovasi melalui pendekatan “Thinking Without The Box”.

 

Bengkel ini juga telah mengadakan satu pertandingan di kalangan peserta-peserta untuk mencungkil bakat kreativiti dan inovasi. Juara pertandingan ini telah di menangi oleh Smart Stick (Elite), naib juara di menangi oleh Nation Invenfors dan tempat ke-3 The Creative One. 

 

 

Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Cik Azura Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

 

 

Disediakan oleh: Pn. Ismazira bt. Ismail

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top