KUALA LUMPUR, 28 MAC 2016 – Pengurusan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) menerima satu lawatan daripada Institut Pendidikan Guru ( IPG ) Kampus Batu Lintang , Sarawak pada 25 Mac lalu bertempat di Bilik Bunga Raya, IYC. 

Lawatan ini diketuai Dr. Abang Ismail Abang Haji Julhi dan mereka merupakan pelajar Program Ijazah Sarjanamuda Perguruan Pentadbiran Jarak Jauh, IPG Kampus Batu Lintang, Kuching yang sedang mengikuti kursus Pengurusan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Hazila Kamaruddin selaku Eksekutif Kanan (Pentadbiran) wakil Pengarah IYC telah menyampaikan taklimat ringkas mengenai fungsi, peranan dan program-program pembangunan belia yang dijalankan di IYC serta mengenai fasiliti dan kemudahan yang di tawarkan IYC. Peserta lawatan juga dibawa melawat bilik-bilik penginapan dan kemudahan di IYC.


Oleh:
Dewi Yusmalaila binti Muhamad ( IYC Cheras )
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Disunting : 
Hazila binti Kamaruddin ( IYC Cheras )
FaLang translation system by Faboba