Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2016 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menerima satu lawatan daripada Delegasi Pelajar Universiti Sokka, Jepun yang dikendalikan oleh Unit Antarabangsa, Open University Malaysia (OUM International) pada 5 Mac (Sabtu) bertempat di Bilik Sakura, IYC.

 

Seramai 30 orang termasuk Prof. Ichiro Sugimoto mengikuti lawatan ke IYC. En. Salehudin bin Ghazali, Eksekutif Program telah menyampaikan taklimat mengenai IYC dan program-program pembangunan belia kepada delegasi pelajar Universiti Sokka, Jepun.

 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada aspek budaya, bahasa serta pengurusan ekonomi negara dengan menumpukan pada sektor ekonomi tertentu. Selain itu, sesi pembelajaran dan perbincangan di dalam kelas, OUM International turut merancang aktiviti lawatan ke agensi kerajaan dan sektor-sekto industri terpilih.

 

Pelajar-pelajar turut dibawa melawat melihat kemudahan dan fasiliti yang tersedia di IYC dan sesi bergambar bersama YBhg. Tn. Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC dan YBrs. En. Za’ba bin Hj. Youn, Ahli Lembaga Amanah YPBA.

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Disunting oleh: Salehudin bin Ghazali

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top