Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

21 SEPTEMBER 2019 - CYBERJAYA, Kejohanan Futsal Merebut Piala KSU KBS berlangsung meriah di Gelanggang Futsal Pusat Komuniti Taman Tasik Cyberjaya hari ini.Pertandingan disertai 16 pasukan kategori lelaki dan 8 pasukan kategori wanita anjuran Kelab Bola Sepak Menara dengan kerjasama Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, Institut Sukan Negara dan Kementerian Belia & Sukan Malaysia.

Objektif utama penganjuran adalah untuk mengeratkan hubungan diantara ahli kelab team KBS disamping memupuk budaya bersukan bagi meningkatkan kesinambungangan kecergasan mental dan fizikal seterusnya mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan futsal.

Pusat Belia Antarabangsa (IYC) turut menyertai Kejohanan Futsal Merebut Piala KSU KBS tersebut dan telah menjuarai permainan di peringkat kumpulan namun tewas kepada Majlis Sukan Negara diperingkat suku akhir. Juara bagi kejohanan  Futsal bagi Kategori Lelaki dirangkul oleh Bahagian Pengurusan & Kewangan, JBSN manakala Kategori Wanita dimenangi oleh Bahagian Sukan, JBSN. YBrs. Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) juga turut hadir bagi memberi sokongan kepada Team IYC. Penyampaian piala kejohanan dan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh YBrs Dr. Waitchalla R.R.V Suppiah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top