Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2014 – Program “International Youth Centres Engagement Conference (IYCEC)” dengan bertemakan “Sustaining Youth Centres: Bridging, Network and Engaging” anjuran Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 9 hingga 15 Disember 2014 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.

 

Seramai 40 orang yang melibatkan beberapa buah negara Asia Pasifik dan Eropah seperti Brunei Darussalam, Pakistan, Nepal, Kemboja, Indonesia, Somalia, Kazakhstan, Malaysia dan Yemen telah mengikuti program dengan berlatar belakang pelajar, penjawat awam yang bekerja di Pusat Belia di setiap negara.

 

Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pendapat dan mempamerkan pelbagai kegiatan di Pusat Belia dan bagaimana pusat tersebut berfungsi menyampaikan perkhidmatan, program dan kemudahan dalam konteks pembangunan belia. Program ini juga dapat menwujudkan dan mengeratkan hubungan serta kerjasama di antara negera-negara yang menyertai program tersebut.

 

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) pada 10 Disember 2014 bertempat di Dewan Kampo. Tetamu yang hadiri dari kalangan pegawai KBS, Kakitangan IYC dan peserta-peserta program.

 

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Cik Azura binti Abidin, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) pada 13 Disember 2014 (Sabtu) bertempat di Dewan Kampo. Majlis turut diserikan dengan persembahan dari setiap negara.

 

 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

 

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top