Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

KUALA LUMPUR, 27 April 2015 – Program Hari Terbuka IYC-UTC Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah berlangsung pada 25 April 2015 bertemakan “Belia Kreatif dan Inovatif” dengan kerjasama rakan strategik/penaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KPTMKL) dan OSIRIS International bertempat di IYC.

Program ini diadakan bertujuan mempromosi IYC sebagai sebuah institusi pembangunan belia yang menyediakan pelbagai kemudahan dan mesra belia melalui aktiviti yang dianjurkan dan membuka peluang kepada orang ramai melihat kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh IYC.

Pelbagai Aktiviti menarik yang dipertandingkan seperti Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Keusahawanan, Pertandingan Katzland Cat, Pertandingan Battlefield Live dan Pertandingan Kompang Formasi. Aktiviti yang berkonsepkan mari mencuba seperti Zoccer Soccer, Wall Climbing, Skyrunners dan Fussball.

Selain itu beberapa pameran turut dijalankan seperti pameran dari Akademi Latihan Keselamatan, Persatuan Pencak Silat, pameran daripada IKBN Dusun Tua, IKTBN, Katzen Cat Sactuary, mencanting batik, pameran dari SMK Bandar Tun Razak, pameran inovasi dari En. Robest Yong dan Markerzone 3D printing.

YBhg. Tuan Lokman Hakim b. Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) turut hadir ke program tersebut diiringi YBrs. Cik Azura bt. Abidin, Pengarah IYC. Beliau turut menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan Melukis dan Mewarna, Kompang Formasi, Pertandingan Video Pendek IYC-UTC dan cabutan bertuah.

 

Hari Terbuka IYC-UTC turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan iaitu Darly Filsuf dan Anita, Malaysia Idol dan persembahan busking dari Akustik. Hari Terbuka IYC diakhiri dengan aktiviti Zumba yang dikendalikan oleh Jurulatih Herniwati dan penglibatan dari pelbagai lapis masyarakat setempat amat menggalakan.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top