Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Kuala Lumpur,7 April 2020 - Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dengan sokongan Malaysian Humanitarian Movement (MHM) telah menganjurkan Program Sifar Lapar IYC bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan terkesan sepanjang perlaksanaan tindakan PerintahKawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan virus Covid19 yang telah bermula sejak 18 Mac hingga 14 April 2020.

Penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan terdiri daripada Belia /Keluarga Miskin Bandar, Ibu Tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Ketua keluarga yang terjejas punca pendapatan akibat perlaksanaan PKP ini.

Program ini telah bermula sejak 3 April 2020 di sekitar Cheras dan Kuala Lumpur.

Sebanyak 220 bungkusan barang keperluan asas telah disumbangkan kepada penerima termasuk
komuniti antarabangsa iaitu Indonesia, Bangladesh, Yemen, Somalia dan Nigeria.

Pada hari ini, 7 April 2020, satu sesi penyerahan 60 set bekalan makanan asas kepada Komuniti Indonesia di Kuala Lumpur telah disampaikan oleh Pengarah IYC, Dr. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee kepada wakil komuniti Warganegara Indonesia di Malaysia iaitu Encik Tengku Adnan, Ketua Badan Perwakilan KPNI Malaysia.

IYC sebagai sebuah institusi pembangunan belia akan sentiasa proaktif bagi menyokong usaha pihak kerajaan
menyantuni golongan yang kurang berkemampuan meneruskan kelangsungan hidup di kotaraya ini sepanjang tempoh PKP.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top