Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay
 
SHAH ALAM, 28 MEI 2016 – “ KBS mahu menarik lebih ramai Belia untuk merapatkan diri dengan masjid dan komuniti “, demikian ucap Menteri Belia dan Sukan, YB. Encik Khairy Jamaluddin di Majlis Perasmian Program FitMalaysia Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Masjid Diraja, Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Dalam program ini, hampir seribu peserta hadir seawal jam 5.00 pagi yang turut diadakan kuliah pagi yang disampaikan oleh pendakwah terkenal YBhg. Datuk Mohd Kazim Elias.Program ini bukan sahaja menggalakkan belia mengimarahkan masjid, malah mengalakkan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti kecergasan. 

“Ini bersesuaian dengan slogan beribadat dan beribadah, Fit di Dunia dan Akhirat”, tambah beliau. Program seterusnya diikuti aktiviti berjalan kaki sejauh tiga kilometer, larian sejauh tujuh kilometer, kayuhan basikal dan senamrobik khusus untuk kaum wanita. Menurut beliau lagi, program FitMasjid ini akan diperluaskan ke seluruh Negara berikutan sambutan yang mengalakkan pada hari ini dan lokasi seterusnya adalah di Pahang yang dijangka dilaksanakan selepas Aidilfitri ini. 

Hadir sama di majlis ini adalah Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim serta Presiden Majlis Belia Malaysia, Saudara Muam’mar Ghadafi Jamal bin Dato’ Wira Jamaluddin.



Disediakan oleh : 
Khalid Khairuddin ( This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. )

Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS) 
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top