Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2016 – Pengurusan IYC telah mengatur satu Sesi Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh tiga (3) orang pelajar praktikal yang turut dihadiri oleh Pengarah IYC, YBhg. Tn. Hj. Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee bersama Kakitangan IYC pada 25 Ogos (Khamis) bertempat di Bilik Merak.

 

Pelajar praktikal tersebut telah menyampaikan perkongsian ilmu dengan tajuk masing-masing iaitu, Cik Fatin Syakira dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seremban berkongsi tentang “Facts About Human Body”, En. Khairil Fiqri dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sarawak berbicara tentang “Sports Science di Mata Dunia” dan Cik Siti Nur Shahira dari Universiti Malaya (UM) pula mengupas tentang “Linguistik Melayu”.

 

Perkongsian seperti ini merupakan satu kaedah dan pendedahan kepada semua pelajar tentang kemahiran pengucapan awam dan komunikasi berkesan. Mereka akan berkongsi maklumat berdasarkan kemahiran mengikut bidang atau perbincangan isu semasa yang tidak menyentuh perkara sensitif dari segi politik, agama dan bangsa.   

 

Pelajar-pelajar yang mempunyai latar belakang berbeza ini ditempatkan di Bahagian yang berkaitan untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan bekerja sebanyak yang boleh serta penglibatan dalam banyak aktiviti dan program diperingkat IYC mahupun anjuran pihak luar.  

 

Sijil Penyertaan turut disampaikan oleh Pengarah IYC sebagai tanda penghargaan yang mana latihan industri mereka akan berakhir pada 29 Ogos 2016.

 

Disediakan oleh : Dewi Yusmalaila binti Muhamad

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.                

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top