Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

 

 KUALA LUMPUR - Pihak Pengurusan IYC melalui Bahagian Pentadbiran telah mengatur satu Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan dalam pelaksanaan Perancangan Strategik IYC bagi tahun 2015 - 2016  pada 7 April 2015 bertempat di Bilik Bunga Raya, IYC.

 

Seramai 23 orang kakitangan yang terlibat dalam penyediaan pelan perancangan strategik IYC yang terdiri dari kalangan kumpulan profesional  hingga kumpulan sokongan.

 

Bengkel ini bertujuan untuk membentangkan perancangan pembangunan IYC dengan hala tuju yang telah dipersetujui oleh YBhg. Datuk Jamil Bin Saleh, Ketua Setiausaha KBS merangkap Pengerusi Lembaga Amanah YPBA kepada pegawai dan kakitangan seterusnya menyediakan Pelan Tindakan untuk pelaksanaan bagi tempoh 2015 hingga 2016. 

 

Pengarah IYC, Cik Azura Abidin turut hadir bagi bersama-sama dalam penyediaan pelan tindakan tersebut. 

 

Disediakan oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.    

Disunting oleh: Hazila binti Kamaruddin

MAKLUMAN TERKINI

 

 

Makluman  

 

 

 

 

Kini semuanya lebih mudah untuk mengetahui tentang kemudahan dan promosi yang ditawarkan oleh IYC di era digital.
Pelanggan boleh berurusan secara terus dengan kami bagi urusan tempahan dan pertanyaan tentang
pakej- pakej istimewa melalui aplikasi 'Online Chat' (Whatsapp dan Telegram).

Jangan lupa untuk imbas kod bar di paparan banner bagi urusan yang menggunakan platform
'Whatsapp' dan sertai saluran telegram 'IYCRESIDENCEKL' untuk berhubung dengan kami.

 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

 

Go to top