Bangi, 12 April 2021 - Pengurusan IYC mengucapkan tahniah dan syabas kepada tiga(3) orang kakitangan IYC iaitu Encik Muhammad Mazwan Bin Mazny, Puan Rohana Binti Abdul Rahman dan Puan Norzehen Binti Shamsudin yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KBS 2020.
 
Majlis kali ini telah dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara atas talian pada 12 April 2021.
 
Semoga kejayaan yang diperolehi bukan satu titik noktah untuk terus mengorak langkah lebih cemerlang pada masa akan datang. Ianya sebagai satu pembakar semangat untuk sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik secara berterusan dalam meningkatkan kualiti organisasi dan pembangunan diri, serta memberi inspirasi kepada rakan sekerja yang lain. 
 
Sesuai dengan tema "Plant (T) Your Career", kita perlu merancang, membangun dan transform dalam kerjaya yang dibina.
 
FaLang translation system by Faboba