Kuala Lumpur, 9 April 2021 - Kursus Pengurusan Sebutharga dan Tender telah dilaksanakan pada 8 dan 9 April 2021 di Bilik Bunga Raya, IYC.
 
Kursus ini telah dikendalikan oleh pihak Bridge Knowle Events (M) Sdn. Bhd dengan penceramah yang pakar dan berpengalaman iaitu Prof. Madya Sr. Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed.
 
Objektif kursus adalah untuk berkongsi kaedah dan cara terbaik dalam pengurusan sebutharga dan tender disamping menambahbaik pelaksanaan sistem sedia ada. Peserta kursus adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan IYC dengan jumlah seramai 23 orang.
 
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs.Dr.Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
 
#IYCMalaysia
#LeavingNoOneBehind
#kitajagakita
FaLang translation system by Faboba