Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Web Personalization

 

1.   Pengenalan

2.     Visi / Misi

3.    Falsafah

4.    Objektif

5.    Konsep

6.    Prinsip Pendekatan Rakan Muda

7.    Fungsi

8.    Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda

9.     Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda

10. Wawasan Program Rakan Muda

11. Matlamat Program Rakan Muda

12. Dasar Kualiti

13. PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA

       UNIT PEMBANGUNAN POTENSI

       UNIT PEMBANGUNAN KESUKARELAAN

       UNIT GAYA HIDUP

 

PENGENALAN, FALSAFAH & KONSEP - RAKAN MUDA

Pengenalan

1.       Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejak 29 Oktober 1994

2.       Dilancarkan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur

3.       Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti

4.       Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut

 

Visi
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara

Misi 
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara

Falsafah

1.       Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).

2.       Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.

3.       Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.

4.       Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Objektif 

·         Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik

·         Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”

·         Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti

·         Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda

·         Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda

·         Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti

Konsep
Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh 

 

Prinsip Pendekatan Rakan Muda

·        Ke arah menggalakkan penyertaan lebih ramai remaja memi.ih aktiviti-aktiviti Gaya hidup berkualiti menerusi program Rakan Muda, prinsip pendekatan melalui 8 Gaya Hidup telah diketengahkan iaitu 

 

 

Rakan Cinta Alam
Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah.

 

Rakan Inovasi
Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.

 

Rakan Kecergasan
3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.

 

Rakan Masyarakat
Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.

 

Rakan Seni Budaya

Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.

 

Rakan Wajadiri
Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung.

 

Rakan Wirausaha
Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.

 

Rakan Siber
Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda

 

·        Penawaran penganjuran bersama dengan pelbagai pihak dan sector untuk menganjurkan 4 program utama berikut :

 

Rakan Muda Jiran Muda
Penglibatan pelajar dalam program Rakan Muda tidak terhad semasa waktu persekolahan sahaja. Pelajar juga boleh mengikuti aktiviti-aktiviti hujung minggu dan cuti persekolahan melalui program Rakan Muda Jiran Muda seperti Kem Rakan Muda Jiran Muda (Kem Musim Cuti) dan program hujung minggu di kawasan perumahan melalui program ‘Weekend Champs’ melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri.

Sukarelawan
Badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan akan bekerjasama membimbing remaja melalui program ini bagi melahirkan tenaga muda yang sentiasa bersedia berkhidmat dan berpengetahuan tinggi dalam apa jua keadaan sama ada diperingkat nasional mahupun antarabangsa. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Rakan Muda Wawasan Desa
Kepimpinan Kesedaran dan Kerjasama adalah aspek bagi pembangunan remaja. Program ini membantu remaja membangunkan kesedaran mengenai pentingnya pembangunan masyarakat secara menyeluruh. Spritual, Mental dan Fizikal yang disumbangkan akan menjana tenaga muda yang prihatin dan dinamik. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

 

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
Pelajar akan dapat menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi Kelab sedia ada di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Piawaian skim ARPRM adalah diiktiraf oleh piawaian antarabangsa “The International Award For Young People” yang beribu pejabat di United Kingdom. Untuk menyertai aktiviti ini, hubungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau Penggerak Rakan Muda Kawasan Parlimen anda di Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Fungsi

Bahagian Pembangunan Rakan Muda:

1.         Menjalankan pengurusan dan Pentadbiran bahagian dengan sistematik dan teratur.

2.         Merancang, mengamal dan menyelaras serta menilai aktiviti dan projek-projek Rakan Muda di semua peringkat bagi:-

a)        Menzahirkan potensi tertinggi generasi muda Negara

b)        Membina generasi pewaris yang sempurna dan bertanggungjawab dan,

c)        Melahirkan satu generasi yang produktif dengan menyumbang dan bergerak bersama dalam arus pembangunan Negara.

3.         Menyelia dan mengawal serta menilai proses pemberian bantuan kewangan.

4.         Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu mereka yang berusia 15 – 25 tahun.

5.         Melahir generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai sifat-sifat prihatin, mahir dan dinamik.

6.         Memperluaskan perlaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan Rakan Muda Fasa II bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.

7.         Merancang & menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak menyertai persatuan bagi memenuhi inspirasi & citarasa mereka.

8.         Mewujudkan dan mengembling tenaga penggerak Rakan Muda di kalangan belia bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.

9.         Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan Kompleks Rakan Muda.

10.      Melahirkan golongan remaja yang mempunyai semangat kesukarelaan yang tinggi serta dapat menyumbang kepada pembangunan bangsa, agama dan Negara

11.      Meningkatkan kapasiti pelaksanaan program Rakan Muda secara perkongsian bijak dengan badan-badan NGO, Swasta.

12.      Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan kepada remaja ke arah melahirkan remaja prihatin, dinamik dan mahir.

13.      Memupuk, menyemai dan meningkatkan semangat patriotisme di kalangan remaja.

14.      Menyediakan program pembangunan sahsiah bagi tujuan meningkatkan penglibatan remaja dalam pembangunan.

15.      Merancang dan menyediakan program untuk bekas-bekas peserta PLKN (post PLKN).

16.      Merangka, menyediakan dan memperkemaskan aktiviti-aktiviti baru yang bersesuaian di bawah pendekatan baru pelaksanaan program Rakan Muda.

17.      Meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan, swasta untuk meningkatkan liputan program.

18.      Mewujudkan jaringan antarabangsa melalui program khidmat masyarakat di negara Asean

 

Peranan Bahagian Pembangunan Rakan Muda

1.       Mengisi masa lapang generasi muda negara dengan menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah serta menghindarkan mereka daripada terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat.

 

2.       Membangunkan potensi generasi muda dari segi pembangunan minda, fizikal, sifat kemasyarakatan, kekeluargaan, kesukarelaan dan kenegaraan serta sahsiah diri.

 

3.       Menyediakan generasi muda yang sempurna dan bertanggungjawab agar mereka dapat menyumbang dengan produktif kepada pembangunan negara.

 

Tanggungjawab Bahagian Pembangunan Rakan Muda

1. Merancang, melaksanakan, menyelaras dan memantau pelaksanaan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda di seluruh negara dengan berkesan dan sempurna.

 

2. Membangunkan 8 Program Gaya Hidup dan 4 Program Rakan Muda sebagai satu program penjana pembangunan masyarakat yang penting ke arah pembangunan generasi muda negara.

 

3. Mengembeling sokongan masyarakat umumnya dan golongan muda khususnya ke arah usaha-usaha kerajaan dalam pembangunan negara.

 

4. Menjana pemikiran dan minda golongan remaja ke arah meningkatkan rasa kebertanggungjawaban mereka dalam proses pembangunan negara melalui pendekatan dan strategi baru untuk menarik minat golongan ini melibatkan diri.

 

Strategi Rakan Muda

1.       Merangka, menilai dan mengkaji dasar, strategi pendekatan dan pelaksanaan program Rakan Muda untuk mencapai wawasan negara.

2.       Membimbing golongan remaja supaya sentiasa bersedia untuk menyahut cabaran wawasan negara.

3.       Mewujudkan kesedaran dan peluang penyertaan yang luas melalui 7 Gaya Hidup dan 3 Program Rakan Muda di semua peringkat dan lapisan masyarakat dengan cara yang lebih menarik, selesa dan berkualiti selaras dengan wawasan negara.

4.       Mewujudkan tenaga pelaksana dan pihak pengurusan yang cekap dan berkesan bagi menjamin kelancaran pencapaian matlamat kementerian.

5.       Mengadakan kerjasama yang erat dengan industri, swasta, agensi kerajaan, NGO’s dan orang perseorangan dalam menjayakan pelaksanaan 9 Gaya Hidup dan 8 pengsektoran Rakan Muda.

6.       Memberi peluang kepada golongan muda untuk menyertai dan melibatkan diri dalam program dan aktiviti yang mereka minati.

7.       Memperluaskan pelaksanaan program Rakan Muda melalui pendekatan pengsektoran bagi tujuan penglibatan remaja secara menyeluruh.

8.       Merancang dan menyediakan program-program khusus Rakan Muda untuk remaja-remaja yang tidak berpersatuan bagi memenuhi inspirasi dan citarasa mereka.

9.       Mewujudkan dan mengemblengkan tenaga Penggerak Rakan Muda di kalangan remaja bagi memantapkan pelaksanaan program Rakan Muda secara lebih efektif di peringkat akar umbi.

10.   Menyediakan dan mengoptimumkan kemudahan-kemudahan prasarana melalui pendekatan Kompleks Rakan Muda.

 

Wawasan Program Rakan Muda

Merupakan satu kaedah untuk menggerakkan dan menjurus semua aspek pembangunan generasi muda ke arah penyumbang dan pelengkap kepada pencapaian matlamat wawasan 2020. GerakKan dan program yang telah digubal akan bertindak secara bersepadu untuk mencetuskan ‘Gaya Hidup’ berkualiti serta memperkukuhkan sistem nilai dan nilai tambah dikalangan generasi muda.

 

Matlamat Program Rakan Muda

Menyediakan program-program pembangunan Rakan Muda untuk semua remaja berdasarkan kepada kumpulan sasar iaitu remaja yang berumur di antara 15-25 tahun bagi melahirkan generasi pewaris yang sempurna yang mempunyai ciri-ciri yang prihatin, mahir dan dinamik.

 

Dasar Kualiti


Komited terhadap kepuasan pelanggan secara maksimum dengan mengutamakan kehendak-kehendak pelanggan dan mengambil tindakan penambahbaikkan secara berterusan agar menghasilkan pelanggan yang berwibawa.

 

PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA

UNIT PEMBANGUNAN POTENSI

UNIT PEMBANGUNAN KESUKARELAAN

UNIT GAYA HIDUP

MAKLUMAT AM 

Objektif

·         Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan lasak, sukan tradisional di kalangan semua golongan masyarakat ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”.

·         Memantap, mengiktiraf dan membantu meningkatkan jumlah persatuan-persatuan sukan massa bagi tujuan melahirkan pemimpin-pemimpin, pengurus dan tenaga penggerak Sukan Massa di semua peringkat.

·         Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih banyak ruang kepada penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti-aktiviti Sukan Massa.

·         Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak ( Smart Partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan Sukan Massa.

Visi

Merealisasikan konsep “Sukan Massa” melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan Sukan Massa.

Misi

·         Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan.

·         Memantap, mengiktiraf dan menambah persatuan sukan massa bagi melahirkan pemimpin dan penggerak sukan massa di semua peringkat.

·         Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak (smart partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan sukan.

·         Mempopularkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan massa dan penganjuran di peringkat antarabangsa.

·         Memaksimakan penggunaan prasarana dan kemudahan sukan massa bagi memberi lebih banyak peluang penyertaan aktif masyarakat.

Fungsi

1.       Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

2.       Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.

3.       Memantap program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.

4.       Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.

5.       Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara

6.       Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisma melalui kerja-kerja sukarela bagi memajukan sukan massa.

7.       Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan sukan massa termasuk pemantauan dan penilaian.

 

DASAR

Dasar Sukan Negara

PAUTAN 

Pendaftar Pertubuhan Sukan (PJS)

 

PERANCANGAN PROGRAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN

 

UNIT PEMBANGUNAN KECERGASAN NASIONAL

 

UNIT PEMBANGUNAN PARALIMPIK

 

UNIT PEMBANGUNAN REKREASI 

 

UNIT PENGGALAKAN SUKAN

 

UNIT KEMAJUAN SUKAN

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable