Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

TAJUK PROGRAM      :           WEBINAR IYC : PASCA COVID-19
TEMA                          :           SOSIAL EKONOMI
TARIKH                      :           7 MEI 2020 (KHAMIS)
MASA                          :           10.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

PENGENALAN        

Berdasarkan keadaan semasa, Malaysia dijangka mengalami perubahan besar, terutamanya dalam landskap sosioekonomi masyarakatnya akibat pandemic virus Covid-19. Sehubungan dengan itu, sesi Webinar Pusat Belia Antarabangsa (IYC) akan membincangkan isu-isu berkaitan anak muda, masyarakat dan negara dalam situasi pandemik virus Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PENYAMPAI UCAPTAMA

En. Jufitri Joha

Beliau merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), merangkap Ahli Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa. Beliau juga merupakan seorang aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Pada masa ini beliau sedang menyiapkan pengajian PhDnya dalam Pengajian Belia di UPM. Penglibatan beliau secara sepenuh masa dalam gerakan belia, membolehkan beliau bergerak aktif dalam isu-isu belia antarabangsa khususnya berkaitan dunia Islam serta merupakan pemudahcara dalam program dan polisi pembangunan belia. Minat beliau yang mendalam mengenai hal ehwal belia dan masyarakat, beliau telah mengasaskan sebuah pertubuhan belia iaitu Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB).

Kegigihan beliau dalam menggerak dan memperjuangkan isu-isu belia negara dan antarabangsa, beliau telah dianugerahi Anugerah Belia Negara  (Kategori Individu Lelaki) oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2015 dan ASEAN Youth Day Award di Brunei Darussalam pada tahun yang sama. Pada masa kini, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Commonwealth Alliance of Youth Worker Association (CAYWA)

MODERATOR

Dr. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee
Beliau adalah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC), juga merupakan mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Beliau seorang yang meminati kerja-kerja kemanusiaan dan pembangunan belia di negara ini khususnya ke arah pengantarabangsaan belia.

Signifikan dengan sumbangan beliau kepada pembangunan belia luar negara, beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Majlis Belia Asia (AYC) telah menerima anugerah Global Youth Icon Award 2017 daripada organisasi belia antarabngsa semasa menghadiri Global Youth Peace Festival di Chandigargh, India.

Berlatarbelakangkan sebagai seorang kaunselor, jiwa beliau amat dekat dengan komuniti, khususnya orang muda.

PANEL  JEMPUTAN

Pn. Anja Juliah Abu Bakar
Merupakan tokoh hebat dalam dunia keusahawanan sosial.  Hasil kerja beliau diktiraf pada peringkat antarabangsa oleh Puan Ivanka Trump dan beberapa agensi global. Di Malaysia, inisiatif yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu diktiraf oleh Yayasan Air Asia. Fokus beliau sekarang adalah membantu golongan yang terkebawah untuk bangkit semula selepas pandemik Covid-19 berakhir.

Dr. Asran Bin Alias
Mempunyai kepakaran dalam perancangan Bandar dan pelancongan.  Kedua-dua sektor ini terkesan teruk sewaktu PKP. Institusi  perhotelan,  pusat hentian pengembara, pusat latihan dan hub perkhidmatan antarabangsa seperti  IYC perlu membuat penilaian semula perancangan dan model perniagaan untuk bangkit semula menarik kehadiran pengembara muda.

En. Michael Teoh Su Lim
Berpengalaman dan telah bergiat lama dalam bidang latihan dan pembangunan keusahawan berorientasikan digital dan K-economy. Beliau berpengalaman melatih pemimpin dan usahawan muda serta eksekutif perniagaan dalam dan luarnegara. Pengalaman luas  beliau penting untuk orang muda melakar dan meraih peluang dalam bidang ekonomi GIG yang sebelum ini menjadi pilihan utama anak muda tetapi terjejas teruk akibat PKP.

Sila klik pautan ini untuk mendapatkan Borang Pendaftaran

 

MAKLUMAN TERKINI

Makluman  

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

KENYATAAN TENDER

Pelawaan adalah dibuka kepada semua Kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan
berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkenaan bagi
melaksanakan kerja-kerja seperti berikut:

 

http://www.iyckul.org.my/my/?view=article&layout=edit&id=566brosur<span_style=

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable