Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PARLIMEN, 3 JULAI 2013 –Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin menjalankan tugasnya yang pertama di parlimen selaku Menteri Belia dan Sukan dengan menjawab soalan nombor tujuh yang telah dikemukakan oleh wakil Barisan Nasional  dari Kota Samarahan, Yang Berhormat Puan Rubiah Haji Awang.

 

      Soalan berkenaan berkaitan dengan sambutan belia luar bandar serta penglibatan golongan tersebut terhadap program – program belia anjuran Kementerian belia dan Sukan (KBS). Selain itu, soalan yang diajukan turut berkisar tentang perancangan KBS dalam mewujudkan pusat – pusat usahawan sebagai platform belia bagi melibatkan diri dalam bidang keusahawanan khususnya di kawasan luar bandar.

 

      Beliau menjelaskan bahawa program yang dilaksanakan KBS tidak hanya berpusat mengikut lingkungan geografi malah menyeluruh di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Sambutan belia luar bandar terhadap program anjuran KBS adalah menggalakkan. Beliau turut menyatakan tentang bilangan program yang diadakan di Kota Samarahan iaitu sebanyak 65 program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2011 hingga 2013 dan telah disertai oleh 42, 946 belia tempatan. Jumlah penyertaan tersebut sekaligus membuktikan program yang dilaksanakan KBS sememangnya dapat menarik minat serta penyertaan golongan belia luar bandar.

 

      Seterusnya beliau menyatakan bahawa KBS menggalakkan keusahawanan di kalangan belia melalui Akademik Pembangunan Belia Malaysia ( APBM ) di Batu Gajah, Perak. Menurutnya, KBS turut mengadakan program pembangunan keusahawanan seperti Kursus Pelabelan dan Rekabentuk Produk, Smart Partnership Usahawan Belia dan Pengurusan Kewangan. Selain itu, Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN ) turut menerapkan elemen keusahawanan di kalangan pelajar – pelajarnya selain kursus – kursus keusahawanan yang ditawarkan untuk golongan belia oleh agensi – agensi lain.

 

      Beliau turut menjawab soalan wakil DAP daripada Sarikei, Yang Berhormat Wong Ling Biu tentang menaiktarafkan kompleks sukan di Sarikei. Menurut YB Menteri, Kompleks Sukan Sarikei di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri Sarawak dan KBS tidak menerima sebarang permohonan daripada Kementerian Pembangunan Sosial Negeri Sarawak untuk membaik pulih kompleks sukan tersebut.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable