BANTING, SELANGOR, 15 SEPTEMBER 2014 – Karnival Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Peringkat Daerah Kuala Langat telah mula berlangsung pada 13 September 2014 dan akan berakhir pada 21 september 2014. Karnival ini akan disertai oleh belia-belia disekitar daerah Kuala Langat dan yang bekerja disekitar daerah ini.

Pada 13 September 2014 , telah berlangsung Kejohanan LSUS  bagi acara Futsal Lelaki dan Wanita yang dilaksanakan di Gelanggang Futsal, SMK Bandar Banting dan Kompleks Sukan Kuala Langat. Sebanyak 42 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita telah turut serta dalam pertandingan futsal ini dan keputusannya menyebelahi kepada pasukan Idin FC (A) ditempat pertama, pasukan Idin FC (B) ditempat kedua dan pasukan Nusantara FC ditempat ketiga bagi Kategori Lelaki.

Bagi pertandingan Sepak Takraw yang telah dilaksanakan pada 14 September 2014 di Gelanggang Pulapes Jugra, sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Pasukan Sri Cheding A telah dinobatkan sebagai johan tempat pertama, tempat kedua dimenangi oleh Era Mas C, tempat ketiga Era Mas E dan tempat ke empat Era Mas D.

Kejohanan sepanjang dua hari itu turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff dan Pegawai Pemantau dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Suhaila Noordin.

Sebahagian lagi acara yang dipertandingan untuk kejohanan Liga Sukan Untuk Semua ini akan dipertandingkan pada 20 dan 21 September 2014. Antaranya Bola Jaring, Bola Sepak 9 Sebelah, Badminton, Ping Pong dan Bola Keranjang.

 

Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable