Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

BUKIT KIARA, 26 NOVEMBER 2014 – Seramai 33 orang usahawan belia dari seluruh negeri Selangor telah menamatkan Kursus “Smart Manager & Partnership” Usahawan Belia 2.0  di mana ia telah berlangsung pada 24 hingga 26 November 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Kursus ini pada amnya adalah bertujuan memupuk semangat keusahawanan dan meningkatkan jatidiri peserta namun  begitu, hasil daripada kajian soal selidik yang dilaksanakan pada penghujung kursus, peserta mamaklumkan yang rata-rata mereka telah dimotivasikan dengan segenap aspek kemanusiaan, kerohanian, pendirian, alam dan lain lain yang mana bakal menjadi bekalan kepada peserta di masa hadapan.

Latar belakang perniagaan kesemua 33 orang peserta ini adalah agak berlainan sesama sendiri. Ada yang mengusahakan perniagaan barang runcit pasar malam sehinggalah kepada perniagaan SPA dan Kecantikan. Namun begitu mereka komited terhadap kesemua aktiviti yang dilaksanakan. 

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Haji Makhruzi bin Haji Iksan dan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Belia, jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Puan Wan Nor Hashimahdaudy binti Wan Hashim.

Disediakan Oleh : Noor Azrina binti Aliman

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable