Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

SUNGAI BESAR, 15 OKTOBER 2014 – Mesyuarat penyelarasan Program Titian Kasih Peringkat Negeri Selangor telah pun berlangsung malam tadi di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam yang dihadiri  Pegawai Pembangunan Sosial Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Khairi Shah Bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Siti Norwinah Binti Narawi, Sidang JKKP Kampung Sungai Haji Dorani, Kamaruzaman Bin Abu Bakar serta Ahli Jawatan Kuasa Kampung.

Program Titian Kasih merupakan program yang mengumpulkan satu komuniti setempat bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan memberi taklimat kesedaran kepada penduduk setempat tentang Sistem Percukaian GST(Goods Service Tax).

Program ini adalah anjuran bersama di antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mendapat kerjasama dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Pertubuhan Belia Peringkat Negeri atau daerah yang terpilih atau Pertubuhan Belia Tunggal yang berkaliber dalam menjayakan aktiviti.

Program ini akan diadakan pada 9 November 2014 bemula dari pukul 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 12.00 tengah malam. Lokasi program ini dilaksanakan di sekitar Kampung Sungai Haji Dorani dan tapak utamanya adalah di perkarangan Surau Asam Jawa.

Banyak aturcara menarik menanti  peserta yang telah dirangka untuk memeriahkan lagi program ini iaitu Fun & Ride MTB, Gotong-Royong Memasak, Futsal Beragam, Bola Jaring 3on3 Beragam, Tarik Tali Mini, Taklimat Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Gotong Royong Membersih Surau, Penyampaian Sumbangan kepada Golongan Fakir Miskin dan Anak Yatim.

Acara kemuncak program ini ialah di sebelah malam dengan kehadiran penceramah jemputan yang terkenal dalam rancangan ‘Tanyalah Ustaz’ iaitu Ustaz Halim Din yang akan menyampaikan ceramah beliau bertajuk ‘Aku yang Dulu Dan Bukan Yang Sekarang’.

Program ini dijangka dapat menghimpunkan seramai 1,500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta serta Institusi Pengajian Tinggi Awam.

Disediakan oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable