Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM, 30 OKTOBER 2014 – Satu lawatan mesra telah berlangsung ke premis Rakan Kongsi 3K Belia Bestari, Hikers Climbers Adventure Team yang telah di hadiri oleh Team KBS, Ketua Setiausaha, Datuk Jamil bin Salleh dan Pengarah Ekonomi, Puan Siti  Aishah binti Yahya. Team KBS telah disambut baik oleh Pemilik Hikers Climbers Adventure Team, Encik Ahmad Nazri bin Ismail dan dua orang peserta 3K Belia Bestari.

Lawatan ini bertujuan mendedahkan peserta dengan pihak pengurusan tertinggi KBS dan dalam pada masa yang sama ia memberi peluang kepada rakan kongsi untuk bertukar pandangan dan pendapat berkenaan program yang sedang berlangsung. Hikers Climbers Adventure Team menawarkan kursus usahawan rekreasi luar bidang pengurusan dan pemasaran kepada 4 peserta yang terpilih. Program ini akan tamat pada 7 Disember 2014 setelah 6 bulan berlangsung.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan dan wakil Majlis Belia Selangor turut memeriahkan lawatan mesra ini.

Disediakan Oleh : Noor Azrina Binti Aliman

(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable