Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

GOMBAK - 20 Mei 2014.   Taklimat pemberian bantuan kepada persatuan – persatuan belia dan sukan telah diadakan di Dewan Pak Tam Katering, Selayang.  Taklimattersebut telah dihadiri oleh pemimpin tertinggi persatuan daripada 13 persatuan belia dan sukan (NGO’s) yang melibatkan 3 daerah iaitu Daerah Gombak, Hulu Selangor dan Petaling. 

 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Khairul Shahril bin Shahbudin, selaku Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan objektif utama adalah untuk menerangkan dengan jelas segala prosedur dan maklumat yang diperlukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia  bagi permohonan bantuan tahun 2014.  

 

Selain itu juga, pertemuan ini adalah salah satu usaha untuk menjalin dan mengeratkan hubungan di antara pihak Jabatan dengan persatuan belia dan sukan.   Turut hadir sama, Puan Nur Hidayah binti Mohd Yusoff selaku Setiausaha Bantuan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.   

 

 

Disediakan Oleh : Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable