Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA LANGAT – 21 JULAI 2014.  Berbaki kurang 6 hari tamatnya bulan Ramadhan 1435H, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan secara besar-besaran Program Tadarus & Khatam Al-Quran Tahun 2014 yang mana ia melibatkan kira-kira 1000 orang belia di setiap pelosok Negeri Selangor. Ia merupakan acara tahunan semenjak tahun 1994 yang mana program bermula dengan pelaksanaan di peringkat daerah berpengisian Bertadarus Al-Quran, Solat Tarawih dan Solat Witir berjemaah. Ia melibatkan 10 buah masjid/program di 9 daerah negeri Selangor 

 

Berobjektifka untuk menghayati dan memanjatkan kesyukuran diatas nikmat dan yang diperolehi masyarakat setempat sempena Ramadhan yang mulia, untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat dan seterusnya merapat jurang sosial antara mereka, melahirkan para remaja yang berpegang kepada konsep wasatiyyah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang mampu melaksanakan transformasi ke arah kemajuan ummah,  program ini sesuai dengan aspirasi Kementerian untuk melahirkan remaja yang matang dalam menghayati nilai-nilai Islam serta dapat memberikan sumbangan kepada transformasi serta pembangunan masyarakat dan negara.

 

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Budiman bin Mohd Zohdi, ADUN Sungai Panjang yang memberi pesanan kepada peserta agar tidak melupakan asal-usul dan berkendiri dalam menghadapi dunia hari ini dan masa hadapan. Peserta juga dinasihati agar aktif dalam berpersatuan agar menjadi insan yang bergerak bersama ke arah kemajuan bangsa. Selamat Tinggal Ramadhan 1435H. Kepulangan awak ditangisi.

 

Disediakan oleh : Noor Azrina binti Aliman

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable