Disediakan oleh : Noor Azrina binti Aliman (Penyelaras 5S)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Shah Alam , 6 Mac 2014 - Setelah dipersijilkan pada Mei 2012, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif untuk dipersijilkan kembali bagi mengekalkan persekitaran kerja yang selesa dan berkualiti dalam amalan 5s. Dalam hal yang demikian, wakil Perbadanan Produktiviti Malaysia, En. Semawi bin Zakaria telah hadir untuk memberi pendekatan, penjelasan dan semangat yang baru kepada warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.


Taklimat 2 jam ini telah memberi pencerahan kepada fungsi dan tindakan yang diperlukan daripada ahli 5S untuk menjayakan persijilan amalan persekitaran berkualiti ini. Pada akhir taklimat, warga kerja juga telah disuntik semangat agar bersedia dan bersungguh dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Perkongsian dan  pandangan telah dikongsi bersama antara En.Semawi bin Zakaria serta  warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Semoga objektif yang ditetapkan akan dicapai dengan jayanya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable