Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

Shah Alam 14 April 2014 –  Seminar  Sukan Untuk Semua Peringkat Negeri Selangor 2014 telah diadakan selama satu hari ini. Seminar ini diadakan adalah untuk dijadikan sebagai satu platform dan medium di dalam memberi kesedaran kepada masyarakat akan impak positif yang dijana melalui perlaksanaan Sukan Untuk Semua di peringkat kar umbi. Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan akan peranan NGO Sukan di dalam menyuntik nilai-nilai positif dalam membangunkan Sukan Untuk Semua selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan untuk menjadikan masyarakat negara ini sebagai masyarakat sukan ‘sporting nation’. Para perserta yang mengahadiri program ini terdiri daripada Ngo Sukan dari peringkat daerah dan negeri serta belia yang berminat dengan sukan untuk semua dan ingin menubuhkan persatua/kelab sukan.

 

Seminar ini di sampaikan oleh para penceramah yang berpengalaman  dan berkelayakkan bagi menyampaikan tajuk yang dibentangkan. Ceramah Pertama yang bertajukkan “Peranan Badan Sukan Kepada Pembangunan Sukan Negara” telah disampaikan oleh Tuan Abdul Rahim bin Tuan Bahru, Timbalan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Pesuruhjaya Sukan Malaysia manakala Ceramah Kedua disampaikan oleh Professor Madya.Dr. Anuar bin Suun, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara. Ceramah kedua ini lebih menekankan aspek-aspek penting dalam tatacara menangani pengurusan dan pentadbiran persatuan. Tajuk yang dibentangkan ialah “Pengurusan Risiko dalam Sukan dan Rekreasi”.

 

Majlis Perasmian Penutup Seminar Sukan untuk Semua Peringkat Negeri Selangor ini disampaikan oleh Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Pelaksanaan seminar pada tahun ini telah mendapat sambutan yang baik dari para peserta dengan jumlah penyertaan seramai 55 orang.

Oleh: Suhaila binti Noordin (Bahgian Sukan, JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable