Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG - 24 JUN 2014. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Kelab Kebajikan dan Sukan telah menganjurkan Seminar Pembangunan Diri dan Sahsiah bertempat di Kompleks Rakan Muda Klang, khusus untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  

 

Sebelum bermulanya seminar tersebut, Mesyuarat Agung Kelab kali ke - 9 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Kelab (YDP), iaitu Encik Darul Aman bin Mohamad Yusub.  Mesyuarat dan seminar tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan.  Turut hadir bersama,  Timbalan Pengarah Sukan, Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor dan juga Penolong Pengarah Rakan Muda iaitu Puan Norazreen binti Sulaiman selaku Timbalan YDP.

 

Diantara objektif seminar tersebut adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama , semangat berpasukan, dan meningkatkan sahsiah diri serta keperibadian yang mantap di kalangan pegawai dan kakitangan.

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable