Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 20 DISEMBER 2014 – Program Pengupayaan Persatuan Star Rating NGO’s Sukan (Seminar Pembangunan Bola Sepak PKFC 2014) telah berjaya menarik 40 golongan muda untuk menyertainya di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang pada hari ini.

            Seminar anjuran Kelab Bola Sepak Putra Kapar dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang ini dirangka selaras dengan perkembangan dunia sukan bola sepak yang semakin mendapat tarikan dan minat di kalangan generasi muda pada masa kini. Disamping itu ianya turut memberi pendedahan kepada peserta dengan lebih mendalam melalui penyusunan ceramah seperti Teori Dalam Undang-undang Bola Sepak, Elements of Performance in Fottball Game dan Ceramah Ilmu Bola Sepak.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor, Pengurus Kompleks Rakan Muda Daerah Klang. Turut hadir, bekas pemain Kebangsaan En. Mohd Gani Bin Ali merangkap Pengerusi Kelab Bola Sepak Putra Kapar. Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Khas kepada pemain kelab bagi Tahun 2014.

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable