Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

BANTING, 16 OKTOBER 2014 – “Lewat Tekor” adalah aluan “Selamat Datang” dalam bahasa jawa khas untuk Timbalan Pengarah (Belia), En. Nor Azli Bin Daud yang telah sudi mengunjungi Daerah Kuala Langat hari ini. Daerah Kuala Langat yang majority penduduk belianya berbangsa jawa merupakan daerah ketiga yang telah dikunjungi oleh beliau dalam rangka kerja lawatan belia semenjak beliau bertugas di negeri ini pada 27 Ogos 2014 yang lalu.

Beliau berkesempatan meneliti pengurusan pentadbiran PBSD Kuala Langat disamping mengadakan lawatan ke premis Program PERANTIS. Sebanyak 2 buah premis iaitu Jugra Fashion House dan Ladyza Enterprise sempat dikunjungi beliau untuk bertemu dengan para pelatih program ini. Selain itu, beliau juga turut menemui dan memberi khidmat nasihat kepada para peminjam TKWPEB agar lebih konsisten dan memandang serius proses bayaran balik pinjaman tersebut.

Melalui kunjungan ini beliau mengharapkan agar persatuan belia dan sukan di daerah ini dapat dimantapkan semula melalui gerak kerja yang lebih sistematik berdasarkan system “Star Rating” dan para belia dapat didekati secara menyeluruh. Turut hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Pembangunan Sosial, JBS Selangor, En. Mohd.  Khairi Shah Bin Mohd. Ariffin.

Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable