Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     BANGI, 18 SEPTEMBER 2014 – Barisan pemimpin-pemimpin muda dari Sekretariat Rakan Muda Universiti  Kebangsaan Malaysia (SRMUKM) mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh pihak Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia sempena Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar bermula dari 17 sehingga 26 September dengan memperkenalkan SRMUKM kepada pelajar baharu seterusnya mendaftar mereka sebagai ahli baharu SRMUKM. 

                SRMUKM yang sememangnya terkenal sebagai salah sebuah kelab pelajar yang sentiasa mengadakan program-program dan aktiviti yang bersesuaian dengan kehendak belia atau pelajar masa kini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), telah pun mendaftar lebih 80 orang ahli baharu sejak 2 hari lepas dan dijangka akan mendaftar lebih 200 ahli baharu untuk tahun ini.

                Saudara Farid Iqbal, selaku Presiden SRMUKM yang baharu menyatakan hasrat beliau untuk menyediakan lebih banyak program kepada ahli untuk dijadikan kenangan manis kelak setelah bergraduat dari UKM dan memori bersama-sama SRMUKM akan tetap dikenang. Selain itu, alumni-alumni dari SRMUKM juga dijemput untuk sentiasa mencurahkan pengalaman dan idea untuk sama-sama memajukan SRMUKM. Pameran SRMUKM ini juga menerima kunjungan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat sebagai sokongan moral kepada pemimpin SRMUKM yang menjadi produk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Yakin Boleh, Gemilang!

                 

Disediakan oleh :

Mohd Faizal bin Ismail (PBSD Hulu Langat)

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable