Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

HULU LANGAT, 1 OKTOBER 2014 – “Saya susahkan sekarang tetapi awak akan senang di masa hadapan”, itulah kata-kata Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, selaku Timbalan Pengarah Belia yang genap sebulan ditempatkan di Jabatan Belia Belia dan Sukan Negeri Selangor kepada warga PBSD Hulu Langat dan PBSD Kuala Selangor berserta peserta PERANTIS Negeri Selangor di dalam lawatan kerja 2 harinya yang bermula dari Daerah Kuala Selangor dan tamat di daerah Hulu Langat.

Kata-katanya adalah merujuk kepada arahan-arahan baru dari segi pentadbiran & keselamatan pejabat, pelaksanaan program, pemantauan terhadap peserta program jangka masa panjang, isu berbangkit dan banyak lagi yang diberi kepada pegawai dan kakitangan yang mana mereka perlu keluar dari zon selesa sebentar untuk mencapai sesuatu yang baru, lebih baik, lebih pantas dan praktikal. Yang mana tindakan mereka ini akan memudahkan pengurusan kerja di masa hadapan.

Impak dari lawatan kerja 2 hari ini adalah lebih kepada sesi suaikenal antara pegawai di Jabatan dan daerah serta mengenali suasana persekitaran kerja kakitangan di daerah dan meningkatkan rasa tanggungjawab pegawai terhadap setiap pekerjaan yang dilakukan sehari-hari baik hakiki ataupun tidak.

Disediakan oleh : Noor Azrina binti Aliman

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable