Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG- 23 OGOS 2014  – Kelab Kebajikan & Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor  telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 27 Syawal 1435H  bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan disamping menikmati pelbagai juadah enak  yang disediakan.  Dengan tema  “Jalinan Raya , Syukur Nikmat”    sambutan Aidilfitri pada tahun ini  diraikan dan disambut dalam suasana kesederhaan dan mendoakan kesejahteraan bersama.

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor , Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan, diiringi oleh Yang Dipertua  Kelab , Encik Darul Aman bin Mohammad Yusub ,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, En.Azrol Hafiz bin Mohamad, selaku tuan rumah majlis , Pegawai-pegawai Belia dan Sukan Negeri dan Daerah , kakitangan, ahli keluarga serta belia-belia setempat sebagai pembuka tirai, majlis tahlil dan doa selamat untuk kakitangan , keluarga serta doa untuk mangsa MH17 dan MH370 telah diadakan dan dipimpin oleh Saudara Sofian bin Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang.  Dalam ucapan perasmian tersebut, Yang Berbahagia Tuan Pengarah  menitiberatkan program sebegini yang melibatkan keluarga dan kakitangan di  JBS Selangor ini bukan sekadar keseronokan tetapi tanda kesyukuran yang kita nikmati di muka bumi ini secara bersama-sama dan disamping itu, kelebihan bulan Ramadan dengan ibadah yang dilaksanakan serta  berpuasa enam  hari di bulan syawal membolehkan  ganjaran besar dari Allah s.w.t disusuli dengan kerja harian sebagai satu ibadah dengan dilaksanakan secara jujur dan bersunguh-sungguh. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas pelabagai juadah daripada  bahagian dan daerah-daerah dan kerjasama ini dapat digarap serta  diteruskan di masa hadapan

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri diserikan lagi dengan pelbagai juadah serta pertandingan , Menganyam ketupat, “Ratu Raya” dan “Jalinan Raya”. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran jemputan khas daripada Maahad Tahfiz Istiqomatuddin, Klang serta pemberian sumbangan duit raya kepada anak-anak pegawai dan kakitangan JBS Selangor.

 

Oleh : Suhaila binti Noordin (Unit Sukan)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable