Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

          Assalammualaikum W.B.T

Selamat berpuasa kepada seluruh Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, khususnya pengunjung - pengunjung portal yang setia mendapatkan maklumat terkini di laman portal kami. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk melaksanakan ibadah puasa pada tahun ini dan semoga setiap amalan yang   dilakukan hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2014 ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor akan menganjurkan Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus Al-Quran, Sembahyang Tarawih dan Witir dan kemuncaknya adalah Majlis  Khatam   Al - Quran Peringkat   Negeri Selangor yang akan di adakan di Masjid Al-Ehsan Kampung Sungai Lang Tengah, Banting Kuala Langat pada 21 Julai 2014. Program yang akan melibatkan peserta-peserta di kalangan remaja berusia 15 hingga 25 tahun ini akan diadakan di masjid-masjid yang terpilih di Negeri Selangor.  Dengan adanya penganjuran program seperti ini, setiap  kelebihan dan kebaikan amalan sepanjang bulan ramadhan dapat didedahkan dan dirasai  khususnya oleh para remaja yang terlibat. 

 

Disini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amalan sepanjang bulan ramadhan pada    tahun ini, lebih baik daripada tahun sebelumnya dan semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T.

 

Sekian, Terima Kasih.

 

Haji Makhruzi bin Haji Iksan

Pengarah Jabatan Belia dan SukanNegeri  Selangor

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable