Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM, 23 DISEMBER 2014 -  Selama dua bulan berturut – turut Generasi Muda Negeri Selangor berusia 15 hingga 25 tahun telah menyumbangkan bakti mereka menerusi program – program yang dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Bahagian Pembangunan Rakan Muda bersama bersama NGO’s yang berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia.

Program yang telah berlangsung pada bulan November hingga Disember 2014 ini telah berjaya menarik minat seramai 470 orang peserta. Program yang dianjurkan banyak memberikan pendedahan terhadap kepentingan menjaga dan memelihara Alam Sekitar menerusi Program Eksplorasi Cinta Alam Remaja, meningkatkan daya tahan sahsiah dan peningkatan akhlak Islamiah melalui program pembangunan insan melalui program “Journey To Jannah” dan aktiviti kemasyarakatan melalui program Rakan Muda DayOut sempena sambutan Volunteer Day pada 5 Disember dan Memperkenalkan pendekatan baru dalam program yang lebih efisyen dan mesra belia melalui program “Rock Your Spirit”

Program Memperkasa Informasi Generasi Muda 2014 yang memberikan penerangan kepada beberapa isu utama seperti pengurusan kewangan peribadi, penerangan GST, Kebankrapan dan bantuan guaman telah memberikan maklumat yang tepat dan bermanfaat kepada Generasi Muda. Pendedahan kepada golongan remaja dalam menguruskan bencana secara sistematik dan menghasilkan pemimpin sukarelawan di kalangan remaja juga telah Berjaya dilaksanakan menerusi Kursus Asas Kemahiran Kesukarelaaan Pasca Bencana Peringkat Negeri Selangor 2014

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor,Tuan Haji Markhruzi bin Haji Iksan.mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini

Disediakan oleh : Mohd Zaaba Bin Ponrahono

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable